Sunday, June 10, 2012

Risiko pelaburan EMAS

Sama seperti pelaburan-pelaburan yang lain, pelaburan emas ini juga ada risikonya. Antara risiko-risiko adalah jatuh muflis. masalah tekanan perasaan, ditipu, masalah kawalan diri, keselamatan dan lain lain lagi. Jika ada sesiapa yang mengatakan kepada anda bahawa pelaburan emas tiada risiko, saya sarankan supaya anda jauhkanlah diri anda dari individu tersebut.

Ini adalah antara keratan-keratan akhbar mengenai mangsa-mangsa penipuan yang dilaporkan oleh akbar-akbar tempatan:-











Inilah realiti didunia yang kita diami sekarang, semua orang akan cuba mengambil kesempatan untuk menipu kita. Ada sahaja yang akan memerhati segala tindak tanduk dan perbuatan kita, menunggu masa dan peluang mengenakan kita semasa kita leka dan lalai.

Pada pendapat saya. pelaburan emas ini sebenarnya mudah dan "straight to the point". Kita tidak perlu menjadi seorang pakar matematik atau pun pakar ekonomi untuk melabur didalam emas. Melabur dalam emas ini, adalah semudah a,b,c. Anda tidak percaya? Biar saya terangkan dengan lebih lanjut.

Untuk melabur emas:-
  1. Anda perlu ada ilmu.
  2. Anda perlu ada modal.
  3. Anda perlu tahu entry dan exit point pelaburan anda. (Tahu bila nak beli dan bila nak jual).
  4. Anda perlu tambah ilmu lagi dengan membaca buku-buku mengenai pelaburan emas atau pergi ke seminar pelaburan emas.
  5. Perlu ada disiplin dan tahu kawal diri supaya JANGAN TAMAK!!
Masalah yang selalu dihadapi oleh bakal-bakal pelabur adalah ada segelintirnya mudah percaya dengan kata-kata dan janji-janji manis broker-broker atau agen-agen dengan skim pelaburan yang mereka tawarkan. Mereka terus terima bulat-bulat dengan apa yang diberitahu tanpa menyelidik latar belakang broker atau agen, syarikat pelaburan, produk pelaburan, risiko dan perkara-perkara lain lagi.

Bukannya susah pun, nak selidik. Sebagai permulaan, anda boleh dapatkan maklumat melalui internet. Selepas itu boleh cuba buat semakan di Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kemudian anda cuba dapatkan maklumat dari buku-buku atau pun bertanyakan kepada mereka yang arif tentang pelaburan tersebut.

Itu sahaja! Macam mana, mudah bukan? Jadi jangan main terjah sahaja..

No comments:

Post a Comment