Mengenai Pelombong Emas & Perak


Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pembaca. Syabas & tahniah saya ucapkan kepada anda kerana menjumpai blog ini. Untuk makluman anda, ini adalah percubaan pertama saya didalam penulisan blog. Diharapkan anda mendapat manfaat dengan isi kandungan yang akan saya kongsi bersama di dalam blog ini kelak. 


Blog ini saya namakan Pelombong Emas & Perak kerana saya menganggapkan diri saya sebagai "Pelombong" (Pengumpul) yang mencari & menambah pengetahuan saya mengenai precious metal ini didalam laman internet yang saya gambarkan sebagai "Lombong Ilmu"; Tujuan sebenar saya mengadakan blog ini adalah kerana saya ingin menjadikannya sebagai tempat simpanan & rujukan bagi semua maklumat, berita, artikel & video mengenai pelaburan emas & perak. .

Adakah anda berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai pelaburan ini. Kalau ya, saya cadangkan anda untuk bookmark blog ini untuk memudah anda mendapat semua maklumat, artikal, berita dan video mengenai pelaburan emas dan perak yang akan saya kongsikan kelak dari masa dan semasa.

Sebelum membuat apa-apa pelaburan didalam apa bidang sekalipun, perkara yang utama sekali pada saya adalah minat dan kefahaman tentang pelaburan yang ingin disertai. Ianya penting diperjelaskan dahulu bagi membuka dan menyediakan minda kita dalam memahirkan diri dan faham dalam selok belok atau kelebihan kekurangan sesuatu pelaburan. Jika kita faham mengenai konsep pelaburan yang ingin kita sertai, kita dapat mengurangkan risiko kerugian semasa melabur.

Ada kelompok didalam masyarakat kita, mudah melemparkan anggapan yang negatif kepada maksud "PELABURAN". Pada mereka, "LABUR" ="LEBUR". Kebiasaannya golongan ini beranggapan sedemikian kerana mereka mungkin pernah mengalami pengalaman ditipu kerana menyertai skim-skim pelaburan yang tidak diiktiraf asasnya. Ada juga yang tidak pernah membuat pelaburan, tetapi beranggapan negatif berdasar cerita-cerita "MITOS" yang mereka dengar mengenai keburukkan melabur daripada "PAKAR-PAKAR PELABURAN" yang sebenarnya "TIADA"pengetahuan langsung tentang pelaburan itu sendiri.

Pada saya, sebenarnya perkara ini berlaku disebabkan oleh ketiadaan ilmu pengetahuan mengenai maksud sebenar dan peluang pelaburan itu sendiri. Mereka yang berada dikelompok ini sebenarnya berminat untuk melabur tetapi mereka tiada tempat rujukan atau bimbingan daripada mentor atau mereka yang tahu dan berpengalaman mengenai pelaburan itu sendiri. Jadi ilmu itu penting.

Saya juga pernah berada didalam kelompok ini dahulu. Disebabkan tiada pengalaman dan juga tidak membuat sebarang rujukan, saya telah mengalami kerugian RM6,000 kerana menyertai satu program perniagaan yang disediakan oleh sebuah syarikat swasta. Niat dihati adalah untuk memajukan diri dan menaikkan taraf hidup keluarga tetapi disebabkan oleh kurangnya ilmu, saya telah gagal dalam pelaburan tersebut. Tetapi saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana harga kegagalan saya hanya bernilai RM6,000 sahaja, tidak seperti orang lain yang lebih mahal dan ada juga yang muflis kerana gagal didalam pelaburan.

Alhamdulillah. Disebabkan oleh kegagalan itu, saya telah belajar mengenali kelemahan, potensi diri dan banyak lagi. Semenjak dari itu saya menjadi lebih berhati-hati.

Saya tidak bermaksud untuk menyalahkan atau merendah-rendahkan mereka yang berada didalam kelompok ini. Dan saya tidak mahu dianggap mendabik dada dengan mengatakan saya ini hebat atau pakar dalam hal-hal pelaburan. Itu bukan tujuan sebenar blog ini diadakan.

Untuk makluman kepada semua pembaca, saya juga sama seperti anda. Saya masih lagi hijau kerana masih banyak ilmu dan perkara yang perlu saya pelajari untuk memahirkan diri dalam hal-hal pelaburan ini. Blog ini saya anggap sebagai diari saya didalam dunia pelaburan. Saya ingin kongsikan segala ilmu pengetahuan yang saya dapati kepada semua pembaca blog ini. Anda digalakkan untuk memberikan komen kepada saya jika ada fakta-fakta laporan yang mungkin saya tersilap, supaya ianya dapat diperbetulkan untuk kebaikkan bersama. Sekian sahaja buat masa ini. Selamat membaca..

No comments:

Post a Comment