Friday, June 15, 2012

Dollar Cost Averaging atau Pemurataan Kos Ringgit


“Sepanjang pemerhatian saya selama 60 tahun ini di Wall Street, orang tidak berjaya meramalkan apa yang akan terjadi dalam pasaran saham.”

– Benjamin Graham, pengarang “The Intelligent Investor”

Melabur akan menjadi begitu mudah kalaulah kita boleh meramalkan bilakah masa terbaik untuk membeli atau menjual. Walau bagaimanapun, meramalkan masa yang sesuai untuk melabur dalam pasaran adalah mustahil dan ramai yang telah mengalami kerugian besar kerana mencubanya dan gagal. Salah satu cara untuk mengharungi naik turun pasaran saham yang sentiasa berlaku ini ialah dengan menggunakan kaedah pemurataan kos ringgit. Kaedah ini memastikan kita mendapat faedah daripada pulangan sejarah yang mantap yang ditunjukkan dalam jangka panjang dan melindung nilai kesan kemerosotan dan sedikit aliran menurun dalam jangka pendek.

Dollar Cost Averaging atau pun Pemurataan kos Ringgit merupakan satu teknik pelaburan yang bertujuan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko yang berkaitan dengan membuat satu pembelian tunggal yang besar dengan melaburkan jumlah tetap dalam pelaburan tertentu (misalnya, pelaburan emas) pada selang masa yang tetap (sama ada bulanan atau suku tahunan), tanpa menghiraukan harga semasanya. Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk memperuntukkan sebahagian daripada gaji anda untuk membeli 1/4 emas kijang setiap suku tahun.

Nota : Jumlah dan kekerapan pelaburan anda bergantung pada sumber kewangan dan matlamat masa depan anda.

Bagaimana Pemurataan Kos Ringgit Berfungsi

“Simpan sedikit simpan selalu – pemurataan kos dolar (ringgit) berkesan jika anda terus menggunakannya.”

– Paul Clitheroe, “Ten Key Steps to Wealth”, 2002.

Untuk menjelaskan pemurataan kos ringgit secara mudah, katakan anda mahu melabur RM10,000. Daripada melaburkan jumlah ini sekali gus dan menanggung risiko memasuki pasaran ketika harganya melambung, anda mengambil keputusan untuk melaburkan secara berkala.

Disini saya mengambil contoh dengan menggunakan harga Kijang Emas. Jadual dibawah adalah berdasarkan nilai kijang emas yang sebenar pada masa berkenaan. Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia (BNM). Dengan menganggarkan dalam setahun hanya 4 kali pembelian syilling kijang emas dilakukan. Sila lihat senarai harga dibawah:-

Syilling Kijang Emas

Tahun 2006

Tahun 2007

Tahun 2008

Tahun 2009

Tahun 2010

Tahun 2011

Tahun 2012

Kita ambil contoh purata 1/4 oz Kijang Emas yang dibeli dari tahun 2006 ke tahun 2011 adalah:

(RM589+RM641+RM798+RM900+RM1,064+RM1,268) / 6 = RM876.67

Jadi purata nilai 1 syiling 1/4 oz Kijang Emas yang dibeli dalam tempoh 6 tahun adalah RM876.67.

Katakan pada 2/4/2012

Dalam contoh ini, dengan menggunakan kaedah pemurataan kos ringgit, kos purata seunit yang dilaburkan hanyalah RM0.1923, dan bukannya RM0.2549 jika pelabur melaburkan jumlah sekali gus pada bulan Januari. 

Strategi Pelaburan Jangka Panjang

“Disiplin adalah kunci kejayaan untuk pelabur jangka panjang. Dia tidak boleh jatuh ke dalam perangkap menguruskan pemegangannya berpandukan tajuk berita akhbar, petikan, ramalan tanpa menggunakan fikiran, gerak hati atau keputusan tempoh yang lepas.”

– Frank Armstrong, pengarang “The Informed Investor.”


Walau berapa pun jumlah wang yang dilaburkan, pemurataan kos dolar adalah strategi jangka panjang. Meskipun pasaran kewangan cenderung untuk turun naik, namun ia selalunya bergerak dalam arah yang sama dalam tempoh masa yang agak panjang. Pasaran turun dan pasaran naik boleh berlanjutan selama berbulan-bulan, bahkan adakalanya bertahun-tahun. Disebabkan arah aliran ini, pemurataan kos dolar tidak akan cukup berkesan jika digunakan untuk jangka pendek sahaja. Sebagai contohnya, pelabur mungkin memilih untuk membuat 10 pembelian dana unit amanah dalam sebulan. Walaupun kemungkinan besar harga belian unit tidak akan sama bagi setiap urus niaga dalam tempoh masa yang pendek itu, namun perbezaannya tidaklah besar.

Namun begitu, dalam tempoh kitaran pasaran yang lebih panjang, anda mungkin akan menempuh pasaran naik dan pasaran turun, dengan harga sekuriti tertentu mengalami perubahan yang besar. Pemurataan kos ringgit akan menolong memastikan kos purata
seunit anda mewakili kedua-dua harga pasaran naik dan diskaun pasaran turun, berbanding dengan hanya harga yang biasanya dibayar oleh pelabur dalam pasaran naik.



Petua untuk Anda Bermula 

“Mereka yang menyertai program pelaburan akan mempunyai lebih banyak wang apabila mereka bersara daripada mereka yang tidak menyertainya langsung.”

- Penulis kewangan Australia, Noel Whittaker.

Jika anda berminat dengan pemurataan kos ringgit, berikut ialah beberapa petua untuk menolong anda menjadikan strategi ini bermanfaat kepada anda:
  1. Bermula secepat mungkin. Semakin lama anda perlu mengharungi turun naik pasaran, semakin banyak peluang yang anda ada untuk membina akaun yang besar.
  2. Terus menggunakannya. Pemurataan kos ringgit adalah strategi jangka panjang. Pastikan anda mempunyai sumber kewangan dan disiplin untuk melabur secara berterusan dalam segala jenis pasaran, tanpa menghiraukan turun naik harga.
  3. Bersedia menghadapi kerugian. Pemurataan kos riggit tidak menjamin bahawa portfolio anda sentiasa untung sahaja dan tiada kerugian. Walaupun anda membayar kos purata yang lebih rendah daripada harga purata unit, anda masih boleh mengalami kerugian jika anda memilih masa yang tidak sesuai untuk keluar dari pasaran, terutamanya ketika harga rendah.
Membina kekayaan dengan melabur dalam pelaburan emas adalah lebih kepada soal kesabaran dan kegigihan daripada soal kemahiran pelaburan. Keputusan besar yang mesti dibuat ialah sama ada anda sanggup melepaskan kepuasan serta-merta untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang anda. Jika anda sanggup, maka pemurataan kos ringgit boleh menjadi cara yang sangat berkesan untuk menolong anda mencapai matlamat anda itu.

No comments:

Post a Comment