Monday, May 14, 2012

Apakah maksud INFLASI?


Video ini pula, adalah penerangan bagi memahami maksud 'INFLASI' dengan jelas. Inflasi adalah susut nilai yang merupakan salah satu masalah ekonomi yang serius. Ia memberikan kesan kepada aktiviti ekonomi, juga kebajikan individu dan masyarakat.

Di Malaysia, faktor utama yang boleh mempengaruhi peningkatan inflasi ialah mekanisme harga ditadbir. Harga beberapa barang keperluan telah ditadbir oleh Kerajaan kerana perubahan harga barangan ini akan memberikan kesan yang ketara terhadap kos hidup golongan berpendapatan rendah dan sederhana. 

Secara umumnya, terdapat dua jenis barangan harga ditadbir:

Kumpulan pertama terdiri daripada barangan yang tersenarai di bawah Akta Kawalan Harga (1946), dan harga runcit barangan tersebut ditentukan oleh Kerajaan. Contoh barangan ini ialah bahan api dan gula. 

- Kumpulan kedua ialah barangan yang memerlukan kelulusan Kerajaan sebelum boleh membuat sebarang perubahan pada harga, contohnya tarif elektrik dan tambang pengangkutan awam. 

Dengan pelaksanaan mekanisme harga ditadbir, kesan kejutan penawaran dan perkembangan harga luaran terhadap harga dalam negeri adalah kurang langsung dan kurang segera. Ini adalah untuk mengawal susut nilai mata wang Ringgit Malaysia.


No comments:

Post a Comment