Harga Dan Spread Emas

Ini adalah kompilasi harga-harga emas di Malaysia dan Dunia.

Harga spot emas dunia :

  1. Harga Spot Emas Dunia (USD/oz)
  2. Harga Spot Emas Dunia (RM/g)
Ini adalah harga emas yang dipaparkan pada harga spot iaitu harga dagangan emas mentah sedunia.

Formula pengiraan harga emas dunia secara manual daripada USD/oz kepada RM/gram.

Harga emas mentah antarabangsa terkini di dalam RM boleh dilihat di sebelah kanan blog ini atau pun klik atas.

Jika anda ingin menggira sendiri harga spot gold, formula penggiraan harga spot secara manual adalah seperti berikut

Harga emas spot gold dikira di dalam USD/oz.


1 oz = 31.10 gram

Anda perlu tahu, bahawa harga emas di dalam RM boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:-
  1. Harga emas di dalam USD
  2. Kadar pertukaran di antara USD kepada RM.
Cara pengiraan di secara manual:-

- Dapatkan harga spot gold bagi 1 Oz: www.kitco.com or www.goldprice.org

Contoh Graf Kitco

Contoh graf Gold Price

- Dapatkan kadar pertukaran USD kepada RM di laman web Bank Negara Malaysia.


Selepas itu kita boleh buat pengiraan berikut:-

(USD/oz x exchange rate utk RM) / 31.10 gram

Contoh pengiraan menggunakan graf Gold Price:-

Harga spot gold untuk segram emas di dalam RM adalah seperti berikut:

(USD1,594.60 x RM 3.1820) / 31.1 gram
RM5,074.0172 / 31.1 gram = RM RM163.1517 / gram

Jadi, harga spot gold emas dunia dalam RM ialah RM163.1517 / gram .

Untuk makluman anda, formula ini adalah hanya sebagai ilmu tambahan untuk membolehkan anda mengetahui harga spot gold semasa dunia.


=====================================================

Harga emas bagi syarikat-syarikat dan bank-bank di Malaysia :
  1. Harga Emas Syarikat Public Fine Gold (Public Gold)
  2. Harga Emas Syarikat Gold Crest Pavilion (GCP)
  3. Harga Emas Syarikat Gold Silver Resources (GSR)
  4. Harga Emas Syarikat Triplenine Goldworld Gallery (Triplenine)
  5. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)
  6. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA)
  7. Harga Emas UOB Gold Saving Account (GSA)
  8. Harga Emas UOB Bank Physical Gold Products
  9. Harga Harian Emas Kijang dan Maybank Gold Investment Account (GIA)
  10. Harga Emas Harian CIMB Gold Deposit Account
Saya pasti anda mungkin akan tertanya-tanya, kenapa harga emas tak sama dari satu institusi dengan institusi lain? Betul tak?

Dalam proses membentuk emas ini menjadi produk tertentu seperti jongkong, bullion, dinar atau barangan emas perhiasan, harga spot emas tersebut ditambah dengan pelbagai kos overhead antaranya seperti kos pembuatan, kos simpanan, insuran, pengangkutan dan juga keuntungan pembekal serta peruncit menjadikannya harga pasaran (retail price) untuk produk emas tersebut. Pernambahan harga ini dikenali sebagai Premium.

Untuk makluman anda memandangkan harga emas bukan harga kawalan, memang akan terdapat perbezaan diantara satu institusi dan institusi yang lain.

Disebabkan itu, anda akan dapati harga emas di bank-bank tempatan, kedai emas dan juga harga semasa emas bagi institusi Ar-Rahnu sebagai contoh seperti Bank Rakyat dan Agrobank juga berbeza. Mereka mempunyai harga harian untuk jualan dan belian tersendiri. Anda boleh cuba hubungi institusi-institusi tersebut, untuk mengetahui harga mereka.

Untuk akaun simpanan emas ataupun paper gold seperti mana yang ditawarkan oleh UOB, CIMB, Maybank atau Public bank, anda akan dapati harga emas yang dipaparkan adalah lebih rendah dari emas fizikal. Ini kerana untuk akaun simpanan emas, ianya membabitkan tidak ada kos premium yang tinggi, cuma nilai emas sahaja. Jadi kos seperti insurans, simpanan, pembuatan pengangkutan tiada atau minimum.

Sebagai pelabur yang bijak, adalah penting bagi anda untuk membeli emas pelaburan yang hampir dengan harga emas pasaran antarabangsa. Dengan ilmu tambahan yang telah anda belajar ini sudah boleh bandingkan harga spot gold ini dengan harga yang dijual oleh syarikat-syarikat, bank-bank tempatan atau penjual-penjual emas di Malaysia.

Jadi bagaimana, anda sudah lebih jelas sekarang bukan?. Diharap, setelah memahami bagaimana perbezaan harga emas Malaysia dan dunia ini ditentukan, anda akan lebih bijak dalam memilih harga atau produk emas yang sesuai atau ideal untuk pelaburan atau perniagaan emas anda.

=====================================================

Formula penggiraan SPREAD.

Sebelum kita belajar formula pengiraan spread, kita perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan spread?

Spread bermaksud susut nilai atau perbezaan diantara harga belian (Buy) dan jualan emas (Sell). Semakin rendah spread maka semakin cepat pelabur mendapat untung.

Spread boleh dikira dengan 2 cara iaitu:

Di dalam Ringgit Malaysia per gram.
- Formula RM / gram = Harga jualan - harga belian / (Jenis Produk)

Di dalam bentuk peratusan (%).
- Formula % spread = Harga jualan – Harga belian / Harga jualan x 100%

Contoh: 


Jika harga jual (PG Sell) emas ialah bagi 10 gram adalah RM1,724.00 dan harga beli (PG Buy) balik ialah RM1,586.00.

Di dalam RM / gram:  
RM1,724.00 - RM1,586.00 / 10 gram = RM13.80 / gram.

Di dalam bentuk peratusan (%):
RM1,724.00 - RM1,586.00 / RM1,724.00 x 100 = 
8.00 %

Spread Emas dan Perak Public Gold

Bullion / Coin Customer Normal Dealer Priority Dealer Master Dealer
10 gram
8
7
6.5
6
20 gram
6
5
4.5
4
50 gram
5.5
4.5
4
3.5
100 gram
5
4
3.5
3
250 gram
4.5
3.5
3
2.5
500 gram
4.5
3.5
3
2.5
Dinar
1 Dinar
6
5
4.5
4
2 Dinar
6
5
4.5
4
5 Dinar
5.5
4.5
4
3.5
10 Dinar
5
4
3.5
3
i-Series 22K Jewellery
5 gram
10
9
8.5
8
10 gram
10
9
8.5
8
20 gram
10
9
8.5
8
50 gram
10
9
8.5
8
100 gram
10
9
8.5
8
D-Series 22K Jewellery
1 gram
18
17
16.5
16
Silver
100 gram
15
14
13.5
13
250 gram
14
13
12.5
12
500 gram
13
12
11.5
11
1 kilogram
12
11
10.5
10
10 Dirham
16
15
14.5
14

Kalau anda ingin membeli emas dan perak pastikan anda semak berapakah spread/susut nilai jika ingin menjualnya semula disamping syarat-syarat lain. Pastikan anda menyimpan bukti spread tersebut sebagai rujukan ketika ingin menjualnya kembali. 

Membeli emas dan perak dari institusi dengan spread terendah adalah yang terbaik untuk anda kerana keuntungannya lebih tinggi dan tempoh menunggu tidak lama. Kebiasaannya, semakin berat sesuatu produk semakin kecil spreadnya kerana kos mengeluarkannya semakin mengecil. 

Jadi dalam memilihan produk mana yang sesuai untuk anda beli, anda boleh tentukan sendiri yang mana anda mahu mengikut kemampuan anda. Jadi tepuk dada, tanya selera.

No comments:

Post a Comment