Zakat Emas Dan Perak

Zakat Emas

Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At-Taubah; ayat 34-35
Syarat wajib zakat

Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:

  1. Islam - Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam  sahaja.
  2. Merdeka - Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.
  3. Sempurna milik - Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
  4. Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat - Para Fuqaha' merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai "Mal Mustafad" iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.
  5. Cukup nisab - Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.
  6. Cukup haul - Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.
Formula pengiraan zakat emas:-

Formula 1 : Emas yang disimpan


Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat  = RM 150
Formula 2 : Emas yang dipakai


Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Maksudnya:
"Pada perak (zakatnya) 1/40...". (Riwayat Al-Bukhari)

Contoh pengiraan zakat perak
Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%
Katakan Ahmad menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)
Kadar zakat = 2.5%
* harga semasa perak (contoh) = RM0.62
Zakat = 1,000 gm x 0.62 x 2.5%
= RM15.50


Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
  1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
  2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
  3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
  4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
  5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
  6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
  7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
  8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
  9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
  10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
  11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
  12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
  13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
  14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
Kalkulator pengiraan zakat emas dan perak untuk negeri-negeri di Malaysia :

Wilayah Persekutuan

Emas yang disimpan : Kalkulator
Emas yang dipakai    : Kalkulator

Negeri Selangor Darul Ehsan

Emas yang disimpan : Kalkulator
Emas yang dipakai    : Kalkulator

Perak                           : Kalkulator
Negeri Sembilan Darul Khusus


Emas yang disimpan : Kalkulator
Emas yang dipakai    : Kalkulator

Negeri Melaka Darul Azim


Emas yang disimpan : Kalkulator
Emas yang dipakai    : Kalkulator

Negeri Perak Darul Ridzuan


Emas yang disimpan : Kalkulator
Emas yang dipakai    : Kalkulator

Negeri Pahang Darul Makmur


Emas yang disimpan : Kalkulator
Emas yang dipakai    : Kalkulator
Perak                           : Kalkulator

Negeri Kedah Darul Aman


Emas yang disimpan : Kalkulator
Emas yang dipakai    : Kalkulator
Perak                           : Kalkulator

Negeri Johor Darul Takzim


Emas yang disimpan : Kalkulator
Emas yang dipakai    : Kalkulator

Negeri Kelantan Darul Naim


Emas yang disimpan : Kalkulator
Emas yang dipakai    : Kalkulator

Negeri Terengganu Darul Iman


Emas yang disimpan : Kalkulator
Emas yang dipakai    : Kalkulator

No comments:

Post a Comment