Monday, May 28, 2012

Wang Fiat


Didalam topik ini, anda akan tahu apakah itu wang yang sebenarnya.


Soalan:
Adakah wang kertas yang kita gunakan merupakan wang yang benar-benar berfungsi sebagai wang?

Jawapan:
Tidak.

Nak tahu kenapa? jadi teruskan lah membaca.. ; )

Fungsi-Fungsi Wang.

Wang mempunyai 4 fungsi yang utama:

1. Sebagai unit nilai:
Wang perlu berfungsi sebagai pengukur nilai bagi barangan dan perkhidmatan. Contohnya, kesemua barangan dan perkhidmatan di Malaysia dijual di dalam Ringgit Malaysia (RM). Unit nilai bagi negara kita ialah ringgit dan sen.

2. Media Pertukaran:
Wang perlu berfungsi sebagai media pertukaran. Ia membolehkan kita menukarnya dengan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan. Contoh, jika anda hendak ke pasar malam dan anda hendak membeli 10 barangan, anda cuma perlu membawa Ringgit Malaysia yang mencukupi.Anda tahu semua peniaga pasar malam menerima RM sebagai media pertukaran dengan barangan yang mereka jual.

3. Sebagai Piawai Bayaran Tertunda:
Wang perlu memainkan berfungsi sebagai piawai bayaran tertunda.Ini membolehkan urusniaga secara kredit atau bayaran tertunda dilakukan. Contohnya, jika anda membuat pinjaman bank dengan kadar keuntungan sekian %,maka jumlah pembayaran pada masa hadapan boleh dikira dengan mudah.

4. Sebagai penyimpan nilai:
Wang perlu menjadi penyimpan nilai yang unggul.Dengan kata lain kita boleh menyimpan wang dan menggunakannya pada masa hadapan/bila diperlukan tanpa perlu risau wang tersebut kehilangan nilainya. Sebab itulah benda-benda yang mudah rosak seperti buah-buahan tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik.

Jika wang gagal memenuhi mana-mana fungsi ini, maka wang tersebut bukanlah merupakan wang terbaik.

Contoh Wang Fiat : Ringgit Malaysia.

Wang kertas RM yang kita gunakan sekarang sebenarnya wang fiat.


Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.

Wang fiat mempunyai kelemahan yang sangat ketara:

1. Tidak mempunyai nilai intrinsik.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.


Ini adalah sebahagian daripada petikan ucapan Tun Dr. Mahathir (Ucapan penuh)

“Sebenarnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan”.

Nah, lihatlah pengakuan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh.

2. Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.

Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.

Contohnya amat mudah:
Katakan 10 tahun lepas anda ada simpanan wang kertas bernilai RM10,000. Simpanan itu anda peruntukan untuk buat perbelanjaan pengajian anak anda di universiti apabila beliau dewasa kelak, yang kemudiannya anda simpan dalam peti dan tanam elok-elok di belakang rumah, kerana takut wang anda hilang atau dirompak.

Kemudian 10 tahun telah berlalu, anak anda mendapat keputusan cemerlang didalam peperiksaan SPM dan mendapat peluang belajar di universiti tempatan. Jadi anda pun gali dan keluarkan semula peti wang simpanan yang anda tanam selama 10 tahun lepas. Agak-agaknya cukup tak wang simpanan RM10,000 anda tu untuk belanja pengajian anak anda? Dengan nak bayar yuran pengajian, yuran penginapan, bayaran perpustakaan, duit belanja harian, kos pengangkutan, kos beli buku-buku dan lain-lain kos lagi. Jawapan memang tidak cukup. Ini kerana nilai wang kertas RM10,000 itu telah menyusut akibat inflasi.

Nak dijadikan cerita, wang kertas yang anda simpan telah dinyah nilai atau pun telah tidak sah diperlakukan lagi berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan. Seperti contoh dibawah,


Maka anda akan meraung sambil berguling-gulinglah jawabnya. Kerana jika ini berlaku, wang kertas anda sudah tiada nilai lagi. Duit kertas seperti ini sesuai untuk disimpan sebagai koleksi oleh pegumpul wang lama. Atau pun, kita bako aje!.. 

Tapi cuba anda bayang kalau anda menyimpan emas dengan nilai yang sama. Apa yang akan terjadi kepada nilai emas berkenaan? Mari kita lihat graf dibawah untuk jawapannya,


Dari graf diatas anda dapat lihat bahawa trend harga emas menunjukkan peningkatan dalam tempoh 10 tahun lepas dan ianya dijangka akan terus meningkat berdasarkan keadaan ekonomi dunia ketika ini.

Dan satu lagi kelemahan wang kertas adalah ia bergantung kepada sistem undang-undang (kerajaan) yang mengeluarkannya. Sekiranya kerajaan tersebut jatuh, mata wang yang bergantung padanya akan turut serta. Wang kertas setiap negara juga hanya laku di dalam negara tersebut sahaja. Jika anda ke luar negara, dan ingin membeli barangan disana anda perlu menukar wang anda kepada mata wang negara tersebut dan nilainya sudah tentu sekali berbeza dengan nilai mata wang negara asal kerana pertukaran di Money Changer akan mengikut kadar tukaran atau exchange rate semasa.

Jadi bagus ke tak bagus menyimpan wang kertas?

Memang sah tak bagus, betul tak?!.

Inilah yang dikatakan penyimpan nilai terunggul, terbaik dan tepat. Tanpa perlu membuat sebarang pelaburan pun. Emas sebagai penyimpan nilai terunggul.

Professor Roy W. Jastram, di dalam bukunya yang terkenal “The Golden Constant” yang diterbitkan pada tahun 1977 menyebut “Emas mengekalkan kuasa membeli dalam jangkamasa yang panjang, contohnya setengah abad”.


Di dalam buku tersebut, beliau telah mengkaji peranan emas sebagai pelindung inflasi dan deflasi dalam jangkamasa 400 tahun.


Kesimpulan:

Pembaca sekalian, emas adalah wang yang sebenarnya. Jika anda hendak menyimpan wang, simpanlah dalam bentuk emas.

Sejarah telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul dan tiada bandingannya. Dulu..kini dan selamanya.

Wang kertas gagal berfungsi sebagai wang. Ia mempunyai kelemahan yang sangat besar kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri. Ia gagal menyimpan nilai untuk jangkamasa panjang dan akan merugikan penyimpannya. Musuh utama wang kertas ialah inflasi yang menghakis nilai wang kertas ini.

Menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.

Jadi mulai hari ini, saya berharap anda semua belajar suatu perkara yang sangat penting.

Wang = Emas

Simpan wang = Simpan emas


Sumber : Wikipedia, Ensiklopedia Bebas

2 comments:

  1. Secret of Jewish Money Control
    https://www.youtube.com/watch?v=hneVEmzg36E

    ReplyDelete
  2. TIPI MASTER MATCHER 1/2 - Titanium Muffler
    TIPI MASTER MATCHER 1/2 titanium rod in femur complications | TIPI MASTER MATCHER 1/2 | TIPI MASTER titanium gr 5 MATCHER 1/2 | TIPI MASTER titanium hair trimmer as seen on tv MATCHER 1/2 | TIPI MASTER MATCHER 1/2 galaxy watch 3 titanium | titanium daith jewelry TIPI MASTER MATCHER 1/2 | TIPI MASTER MATCHER 1/2 | TIPI MASTER

    ReplyDelete