Monday, May 14, 2012

Kejatuhan Ekonomi Global


Assalammualaikum & salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Kali ini, saya ingin kongsi video clip penerangan mudah untuk memahami maksud 'Recession' & 'Inflation' dengan jelas. Dari video clip ini juga, anda akan tahu serba sedikit tentang bagaimana kejatuhan ekonomi global berlaku secara visual. 

Kalau nak diterangkan secara lisan, mungkin agak sukar untuk difahami oleh mereka yang tiada ilmu ekonomi seperti saya. Jadi apabila saya jumpa video clip ini didalam youtube, saya rasa teruja untuk kongsikan kepada anda. Walaupun tidak secara terperinci, sekurang-kurangnya kita faham sedikit gambaran bagaimana ianya berlaku. Pada saya, ini adalah antara perkara asas yang perlu kita fahami sebagai seorang pelabur.

Mesti semua orang berasa hairan dan bertanya kepada diri sendiri, apa kena mengena negara Amerika Syarikat dengan Malaysia? Yang banyak berhutang negara mereka bukan kita? Yang akan ada masalah nanti, rakyat negara Amerika bukannya kita. Lagipun Amerika Syarikat berada jauh dengan Malaysia, kalau ada masalah pun tidak akan menjejaskan kehidupan harian kita di Malaysia.

Pada mulanya saya pun berfikiran begitu, tetapi sebenar untuk makluman anda didalam era GLOBALISASI ini, kita sebenar terikat antara satu sama lain, seluruh dunia kini terikat. Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Kita membeli dan menjual antara satu sama lain, memegang mata wang antara satu sama lain, memegang nota hutang antara satu sama lain dan memegang aset antara satu sama lain.

Itulah sebabnya, masalah yang berlaku di satu negara, khususnya negara perdagangan yang besar, akan memberi impak kepada yang lain juga dan apabila negara tersebut Amerika Syarikat - negara yang mempunyai ekonomi terbesar di dunia, semua negara tidak boleh mengelak tanpa merasa derita dan tempias masalah yang diberlaku di sana termasuklah kita.

Untuk makluman anda, Amerika Syarikat merupa negara rakan perdagangan dan juga pelabur asing terbesar Malaysia. Negara tersebut juga adalah pasaran eksport terbesar Malaysia. Jadi nak tak nak, secara tak langsung, kita pun akan terbabit sama dengan masalah mereka. Jadi secara ringkasnya apa-apa sahaja masalah yang timbul, kita terima sajalah dengan redha. ; )

Sumber : Buku Masa Untuk Emas dari Dr Azizi Ali

No comments:

Post a Comment