Tuesday, May 22, 2012

Benarkah emas kalis inflasi?

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pembaca blog Pelombong Emas & Perak. Untuk entri kali ini, saya akan berkongsi maklumat mengenai persoalan Benarkah emas kalis inflasi?.


Emas mengekalkan kuasa belinya dalam jangka masa yang panjang. Baiklah, sedikit cerita pada zaman Rasulullah SAW. Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu. ”Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

Dengan kata lain harga semasa seekor kambing pada zaman Rasulullah ialah 1 dinar. Agak-agaknya berapa harga kambing pada tahun 2012? 1 dinar! Tidak percaya? Baiklah, mengikut harga emas pada masa artikel ini ditulis, harga 1 dinar emas adalah dalam RM703. 


Bukankah ia adalah harga jualan kambing yang ideal? Sekiranya anda terlebih rajin, kunjungilah pembekal daging kambing di Dengkil, ada beberapa di sana dan anda akan dapati bahawa mereka menggunakan dinar emas sebagai medium jual beli kambing.

Salah seorang penternak kambing di Selangor, En. Abdullah Ismail menawarkan seekor kambing pada harga 1 dinar. Dengan 1 dinar anda boleh membeli anda boleh membeli seekor kambing baka farel berusia 2 tahun dengan berat lingkungan 30-35 kilogram. Kambing farel sesuai untuk akikah, korban, majlis kenduri, buat kambing golek. Jika anda perlukan khidmat sembelih dan lapah, maka terdapat tambahan bayaran sebanyak 3 dirham (dirham merujuk kepada syiling perak seberat 3 gram dengan ketulenan 999.9).


Jika anda berminat membeli kambing dengan harga 1 dinar sila telefon atau SMS En. Abdullah di talian 012-3921139. Alamat ladang adalah seperti berikut:

Green Acres Farm Sdn Bhd. 
Lot 7735, Batu 27, Jalan Salak,
Kampung Jenderam Hulu,
43800 Dengkil, Selangor.

Perkara ini juga telah di selidik dan disahkan kebenarannya oleh ahli-ahli ekonomi barat yang membuat kajian keatas harga satu ounce berbanding dengan harga seekor kuda. Anda boleh saksikan video clip yang saya sediakan disini.


No comments:

Post a Comment